Gala Yuzawa :: Snow world Experiences

-BERLEPAS-

Salam! Hi semua.Apa khabar? Harap sihat semuanya.

Nama saya Wahida dan saya warganegara Malaysia, muslim yang sedang menetap di Jepun. Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya melancong ke Gala Yuzawa dengan menggunakan Tokyo Rail Days(TRD), satu produk oleh JR East Japan yang boleh dibeli dari Malaysia Di Malaysia, anda boleh membeli TRD dari wakil syarikat pelancongan terpilih.

Sedikit maklumat mengenai TRD: TRD ialah satu produk pelancongan yang didalamnya termasuk pas pengangkutan yang anda boleh gunakan untuk melancong di kawasan Kanto selama 3 hari, tanpa had, bersama set aktiviti tertentu. Ketika anda membeli TRD dari syarikat pelancongan di Malaysia, anda boleh memilih untuk menerima TRD di Jepun. Anda boleh menyusun supaya TRD dipos ke penginapan,atau ke lapangan terbang, atau ke rumah saudara anda jika anda mempunyai saudara yang menetap di Jepun.  MUDAH DIBELI, MUDAH DICUBA, MUDAH DIGUNAKAN!

 


TIBA & BERMAIN SALJI

Stesen Gala Yuzawa bersambung dengan Ski Center Cowabunga. Setelah anda tiba di Gala, pergi ke kaunter tiket untuk menukar baucer ke tiket.

Anda boleh menunggu di barisan kaunter dengan bahasa yang anda suka.

Gala Yuzawa mempunyai kaunter tiket untuk pelbagai bahasa. Contohnya seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis dan Bahasa Kanton Kadang-kadang kaunter untuk Bahasa Malaysia juga ada di sini .

Tukar baucer gondola anda kepada tiket di sini.

1 arrive 2

Pemandangan di hadapan laluan tiket: Dari laluan tiket, anda akan dapat melihat satu papan tanda ‘Concierge’ besar. Semasa waktu sibuk, staf akan sedia di kaunter ini dan anda boleh ke sini untuk membuat penukaran baucer. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan tiket kaunter yang terletak bersebelahan dengan ‘Concierge’ semasa waktu sibuk.

 

1-arrive-1

If there is no staff at Concierge counter, then you’ll have to go to ticket counter. Normally you can exchange voucher or buy ticket here.

 

 

Pemandangan dari gondola. Cuaca amat baik!

 

Selain permainan musim sejuk, anda juga boleh bermain gelongsor dan salji di kawasan permainan atau anda boleh memilih untuk mengikuti ‘Kanjiki Walking Tour’ dengan bayaran tambahan.
Anda masih dapat menikmati salji dengan aktiviti-aktiviti ini walaupun anda tidak pandai bermain ski/papan luncur. Tempat sewa gelongsor salji ada di sebelah kiri anda apabila anda turun dari gondola. Kawasan permainan salji terletak bersebelahan dengan kawasan gelongsor salji.

Untuk ‘ Kanjiki Walking Tour’, anda akan berjalan melalui laluan semulajadi di gunung salji dengan memakai kasut salji tradisional Jepun yang dipanggil Kanjiki bersama jurupandu. Laluan jalan akan melalui terowong dengan tangga (lebih kurang 100 tangga!) dan kemudian bersambung ke laluan gunung di mana salji di situ lembut. Jika anda bertuah, anda mungkin dapat melihat arnab dan rusa Jepun liar. Salji di pergunungan ini semestinya lebih lembut dan tebal dari salji di kawasan permainan dan anda akan dapat melihat permandangan gunung salji di kawasan sekitar yang menakjubkan.Jurupandu akan berkongsi mengenai kawasan Yuzawa setempat dan gunung-gunung yang dapat dilihat dari situ.Anda tidak perlu risau tentang bahasa kerana jurupandu yang peramah ini dapat memberi penerangan dengan Bahasa Inggeris yang mudah difahami.Jadi, anda juga akan dapat menikmati permandangan dengan perkongsian dari jurupandu.

Saya amat syorkan kepada anda ‘ Kanjiki Walking Tour’ ini!

 

malay-img-snowman

Kawasan permainan salji. Anda boleh bermain perang salji, membuat orang salji dan macam-macam lain

 

Kaunter maklumat di dalam Cheers. Ini adalah tempat berlepas bagi ‘Kanjiki walking tour.’

Kaunter maklumat di dalam Cheers. Ini adalah tempat berlepas bagi ‘Kanjiki walking tour.’

 

Jurupandu mengikat kasu Kanjiki. Tip untuk berjalan dengan Kanjiki ialah dengan mengambil langkah lebih besar dari biasa! Jika tidak, anda mungkin akan terpijak kasut Kanjiki dan jatuh

Jurupandu mengikat kasu Kanjiki. Tip untuk berjalan dengan Kanjiki ialah dengan mengambil langkah lebih besar dari biasa! Jika tidak, anda mungkin akan terpijak kasut Kanjiki dan jatuh

 

Pemandangan selepas keluar terowong. Gunung salji!

Pemandangan selepas keluar terowong. Gunung salji!

 

 

malay-img-downhill

 

Jurupandu yang ramah mesra

Jurupandu yang ramah mesra

 

Pemandangan kawasan pergunungan

Pemandangan kawasan pergunungan

 


 KEMUDAHAN

Untuk kali ini, saya ingin memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang ada di Gala Yuzawa.

1) Kaunter Sewa

Jika anda telah memilh untuk menyewa peralatan/pakaian semasa pembelian TRD, anda akan memperoleh borang sewaan bersama baucer.

Anda boleh mengisinya sebelum anda tiba di Gala dan terus ke kaunter untuk menjimatkan masa.Anda boleh merujuk maklumat di meja Bahasa Inggeris jika anda risau tentang saiz anda.  Anda juga boleh menukar sewaan anda jika anda dapati saizanya tidak sesuai setelah mencuba.

Anda PERLU menyimpan salinan borang sewaan anda kerana anda perlu menunjukkan borang ini sewaktu anda mengembalikan barangan sewaan.

JIka anda mengunakan gelngsor, anda boleh menerima token gelongosr untuk ditukarkan dengan papan gelongsor di atas nanti.

 

2)Ruang persalinan pakaian dan kawasan loker

Anda boleh membeli tiket locker di kaunter tiket atau dari mesin di luar tempat persalinan pakaian.

Kawasan persalinan pakaian terletak berdekatan dengan kaunter sewa.

Loker ada di dalam kawasan persalinan pakaian.

Di Gala, terdapat dua jenis kawasanpersalinan pakaian. Kawasan pertama terletak di tingkat 2 dan berasingan lelaki dan wanita. Tandas juga ada di dalam kawasan ini.Kawasan kedua terletak di tingkat 3 berdekatan ‘Irori Lounge’.Kawasan ini sesuai untuk keluarga kerana keluarga boleh berkongsi satu locker yang sama dan di sini turut ada tempat persalinan wanita dan lelaki yang berasingan.

 

3) Ruang solat

Gala Yuzawa menyediakan dua ruang solat di Ski Center Cowabunga.

Ruang pertama terletak di kawasan tertutup di dalam Irori Lounge di tingkat 3.Ia terletak di dalam kawasan berehat spa jadi anda perlu memberitahu staf di kaunter Irori Lounge jika anda mahu menggunakan ruang ini.

Ruang kedua adalah di kotak persalinan di dalam kawasan persalinan pakaian untuk keluarga di tingkat 3. Sebanyak 10 kotak disediakan dan anda boleh menggunakannya bila-bila masa.

 

4)Bilik jagaan kanak-kanak  CHEERS

Untuk ibu bapa, bilik jagaan kanak-kanak ada disediakan di Cheers dengan bayaran tambahan.

Ruang persalinan lampin juga ada di sebelah bilik ini.

Keduanya terletak di tingkat 2 bangunan Cheers di atas.

 

Anda juga boleh mengukur tinggi dan saiz kasut anda di sini. Ini amat membantu memandangkan saiz kasut di Malaysia berlainan dengan Jepun.

Anda juga boleh mengukur tinggi dan saiz kasut anda di sini. Ini amat membantu memandangkan saiz kasut di Malaysia berlainan dengan Jepun.

 

malay-img-retal-counter-line

 

Anda boleh membeli tiket loker dari mesin ini. Mesin ini terletak di hadapan pintu masuk kawasan persalinan pakaian bagi wanita.

Anda boleh membeli tiket loker dari mesin ini. Mesin ini terletak di hadapan pintu masuk kawasan persalinan pakaian bagi wanita.

 

Ini adalah gambar rajah bagi kawasan persalinan wanita. Anda boleh mencari numbr loker yang tertulis di atas tiket dengan merujuk gambar rajah ini.

Ini adalah gambar rajah bagi kawasan persalinan wanita. Anda boleh mencari numbr loker yang tertulis di atas tiket dengan merujuk gambar rajah ini.

 

malay-img-locker

 

IRORI Lounge di tingkat 3

IRORI Lounge di tingkat 3

 

Bilik jagaan kanak-kanak dan ruang persalinan lampin/

Bilik jagaan kanak-kanak dan ruang persalinan lampin/

 

Gambar di Gala Yuzawa

Gambar di Gala Yuzawa

 


-MAKANAN-

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi restoran yang ada di Gala Yuzawa dan menu apa yang okay untuk Muslim.

Gala Yuzawa menyediakan restoran di Ski Center Cowabunga dan Cheers.

Semua restoran ini mempunyai menu dengan penunjuk alergi jadi ia memudahkan anda membuat keputusan ketika memilih makanan.

 

Nota penting:

Gala Yuzawa tidak menyediakn menu dengan sijil halal.

Menu/makanan yang ditunjukkan di sini telah diperiksa dan dipilih berdasarkan label bahan-bahan dan penunjuk alergi di menu.

Sila rujuk staf restoran jika anda mempunyai pertanyaan dan pilihlah makanan yang anda yakin dengannya.

 

Anda boleh membeli snek seperti ais krim di Blue Seal di tingkat 2 Cheers. Terdapat pelbagai perisa ais krim yang boleh dipilih dan keistimewaan mereka adalah perisa dari Okinawa. Anda boleh membeli tiket dari mesin dan memesan makanan dari staf di kaunter.

Anda boleh membeli snek seperti ais krim di Blue Seal di tingkat 2 Cheers. Terdapat pelbagai perisa ais krim yang boleh dipilih dan keistimewaan mereka adalah perisa dari Okinawa. Anda boleh membeli tiket dari mesin dan memesan makanan dari staf di kaunter.

 

Tuna bowl

Tuna bowl

 

 Tempura bowl

Tempura bowl

 

Memandangkan perjalanan saya bermula dari awal pagi, saya telah membeli sarapan pagi di kedai serbaneka Newsday yang terdapat di dalam stesen Tokyo.

Oleh kerana perjalanan akan mengambil masa selama 75 minit, saya syorkan supaya anda membeli snek atau minuman siap-siap sebelum menaiki keretaapi.

first-meals

Sarapan pagi untuk hari ini!

Onigiri Tuna Mayo dan jus sayuran.

Saya memilih untuk membeli onigiri ini dari label bahan-bahan.

Apabila membeli makanan siap di kedai, anda perlu memeriksa bahan-bahan yang ada kerana selalunya bahan-bahan ditukar setiap musim dan kadang-kadang khinzir, daging tidak halal dan alkohol ada dimasukkan di dalam makanan berunsur makanan laut seperti onigiri tuna, onigiri udang mayo dll.

 

onigiri

Langkah-langkah untuk onigiri:

Buka dengan mengikut number yang ada di plastik pembalut dan anda akan dapat membukanya dengan cantik.

①→②→③

Anda akan tahu yang anda telah berjaya jika ada 3 plastik tertinggal selepas membukanya. Selamat mencuba!


Related articles